Gunung Lang
Gunung Lang

Gunung Lang

Gunung Lang yang terletak hanya lima kilometer dari bandar Ipoh adalah salah satu gunung batu kapur yang banyak terdapat di negeri Perak, Malaysia, khususnya di Lembah Kinta. Gunung Lang telah dijadikan kawasan rekreasi oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan pada tahun 1999. Taman ini dilengkapi dengan tiga buah tasik buatan dari bekas lombong bijih timah. Tasik yang tenang membiru dipenuhi dengan pelbagai ikan air tawar khususnya kelah, lampam, kap, dan tilapia.[1]Dengan peruntukan sebanyak RM8.4 juta, Taman Gunung Lang kemudian dibangunkan melalui fasa pertama dan kedua sebagai taman rekreasi awam sepenuhnya pada 1999 di bawah Rancangan Malaysia ke Tujuh (RMK-7) oleh Jabatan Landskap Negara. Majlis Bandaraya Ipoh merancang untuk meneruskan projek pembinaan fasa ketiga taman rekreasi itu dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9). Datuk Bandar Ipoh, Datuk Hasan Nawawi Abdul Rahman berkata, projek berkenaan akan diteruskan bagi menarik lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar negara ke taman terbabit yang dibuka sejak lima tahun lalu. Peruntukan sebanyak RM5 juta akan dikemukakan kepada kerajaan untuk melengkapkan pelbagai kemudahan lain di taman rekreasi itu seperti tapak perkhemahan, tandas awam, dapur dan dewan serba guna.